Monday, April 29, 2013

97 Ruang Tamu Saya Yang Kos Rendah

Assalamualaikum semua...oh! Rindunyaaa saya dengan kalian semua...Rindu nak berkongsi...Rindu nak bercerita...Rindu nak bertegur sapa...Rindu serindu-rindunyaaa...

Kalian rindu saya tak...? ;D

Saya sebenarnya tak dapat bersiaran lebih kurang selama D.U.A hari lepas...sebab menjenguk mak mertua saya di hospital (bedah hempedu ada batu karang). Dan, top-up internet pulak tak dibeli sebab tergesa-gesa balik.

Maka, tak dapat menjengah dunia maya buat seketika...dan tak dapat ber'whatsapp' dengan kawan-kawan. Sekejap takde internet pun dah rasa macam tak boleh nak buat apa dah...oh! dunia...

Apapun, saya harap anda semua sihat-sihat belaka =)

Hari ni saya nak cerita pasal ruang tamu saya.

Ruang-tamu-kos-rendah-saya!..

Tapi sebelum tu saya nak bagitau, saya ada buat Page baru bernama 'J.o.m J.e.l.a.j.a.h!' di mana saya kumpulkan semua projek SusunAturSioca kat situ untuk mudah nak rujuk. Silalah terjah...=)

Berbalik soal ruang tamu saya, tak ada apa yang mahal kat ruang tamu saya ni, cuma saya nak cerita macamana saya cuba kekalkan ruang ini supaya sentiasa kemas supaya tetamu yang suka datang secara menerjah, tak terkejut tengok ruang yang bersepah.

Al-kisah ruang tamu saya ni hanya berfungsi kalau ada tetamu. Kalau tidak, kami semua beraktiviti dan berehat di ruang keluarga.

Ruang keluarga = ruang dibenarkan buat sepah! Anak-anak kecik kan, macam-macam nak explore, jadi sinilah tempatnya.

Tapi, kadangkala tu, datang angin nak duduk depan, duduk jugak...Tu kalau ruang keluarga dah terlampau sepah dan belum berkemas-kemas. Maka, jom sepahkan depan pulak...Haha, penat makcik nak cover balik semua tu nanti okeyyy...

Ini pandangan keseluruhan ruang tamu - yang bergabung dengan ruang makan tetamu. Kami tak makan kat sini sebab dikhaskan untuk tetamu datang. Tempat makan kami? Kat dapur. Saya ada cerita kat s.i.n.i - yang meja makan 4 kerusi kemudian jadi 2 kerusi tu je...

Masa ni, masih guna tivi kecik. Mula-mula rasa macam takpelah pakai tivi kecik, tetamu bukan ada hari-hari, sekali sekala datang bukan tengok tivi sangat pun...tapi tiap kali ayah mertua datang...beliau kecikkan mata nak tengok tivi, kesian pulak saya tengok, maka berusahalah juga kami dapatkan tivi yang besar sikit. Ayah tak cakap apa, tapi kami la yang malu...hehe

Selepas sedikit ubahsuai...

Selain tambah tivi, saya hamparkan tikar buluh supaya tak sejuk untuk tetamu yang suka duduk bawah.

Saya dan suami memang tak berapa suka pakai apa-apa jenis karpet sebab satu: tak berapa rajin nak vakum selalu, kedua: kalau tak vakum, habuk tebal pulak, jadi tak berapa nak bersih pulak kat situ.

Tapi teringin sangat nak pakai hamparan permaidani jenis berbulu kasar-kasar tu, jenis berjurai...harga untuk sebesar tikar buluh ni rasanya dalam RM200++

Langsir pulak saya tempah kat Kota Fesyen, Melaka. Harga semuanya termasuk langsir bilik utama dan sliding door 3 pintu hanyalah RM500 lebih. Rail semua suami pasang sendiri.

Memang kami berkira sikit bab-bab deko ni - rasa tak berapa penting lagi nak labur duit ke arah tu. Anak-anak kecik lagi kekdahnya. Duit banyak nak pakai.

Bagi saya RM500 tu oklah untuk upah jahit dan kain sekali. Kalau tukang jahit lainlah, memang rasa mahal...(le'a, mohon terasa ;p)

Wireless transmitter yang membolehkan kami menonton Astro di tivi ruang keluarga

Saya ada cakap tak saya lemah bab deko pasu bunga? Cuba tengok, sangat fail kan? huhu
Itu sebab saya perlukan rujukan daripada anda semua, kongsikan dengan saya di sini supaya saya jadi lebih kreatip. ;)

Sudut pandang lain. Mula-mula tak ada cermin tu, terasa kosong kosong kosong...terus beli untuk penuhkan dinding tu, harga RM100 lebih. Bawak naik kereta je...Bersempit makcik kat belakang nak bawak ini cermin punya pasal...Ingat nak cari besar sikit, tapi mahal. Cari yang mesra belanjawan sudah.

Kemudian, beli rak kasut pulak untuk letak kasut berkotak dan jarang guna dalam rumah. Mula-mula mak saya pelik kenapalah letak rak kasut dalam rumah. Tapi, bila saya bukak dan tunjuk, bukan nampak pun kasutnya sebab dalam kotak...mak saya pun ok...

Satu ruang yang diubah kepada...

...ruang tempat duduk lebih. Kadang tetamu yang datang ramai sangat sampai tak muat kerusi, jadi letak kerusi merah ni kat sini, untuk tambahan. Asalnya sofa ni ada kat ruang keluarga yang sempit itu.

Beralih kepada siling pulak. 

Lampu tu lampu-jatuh-cinta-pandang-pertama. Mula-mula tengok kat kedai lampu Melaka, sebiji RM199. Kalau sepasang dah jadi ~RM400! 

Kami pun batalkan niat beli kat situ, s.a.b.a.r dan cari kat kedai lain pulak, dan akhirnya jumpa sebijik macam ni kat kedai lampu Puchong dengan harga RM99 sebijik. 

Hoho untung tak? Terus sambar dengan perasaan gembira berbaloi-baloi...=)

Kipas pulak ~RM130 satu (sama dengan semua kipas siling kat rumah ni).

Plaster siling? Tak-perlu-semua-itu!!

(...sambil mata menjeling plaster siling umah sebelah yang cantik...huhu...nanti-nanti kut kalau rasa duit dah banyak sangat tak tahu nak buat apa...;p)

Feature wall - hijau olive
Dihias dengan jam dinding hourhome harga ~RM120

Kononnya konsep minimalis kontemporari...
Dengan warna tema coklat walnut dan merah serta sedikit-sedikit hijau...

Kenapa saya kata ruang tamu saya kos rendah?

Sebab semua barang kat sini disurvey berkali-kali baru beli. Selagi tak jumpa yang murah, tak beli!

Bagi saya, memandangkan ini ruang untuk tetamu - di mana tetamu pun jarang ada selalu, maka sesuailah untuk seketika waktu ni pakai barang-barang murah camni...Yelah, kualiti pun haruslah sesuai dengan harganya ye dak?

Setakat ni, semua masih berkhidmat dengan baik, alhamdulillah...Bukan taknak beli yang mahal, cuma rasa belum betul-betul perlu. Ada rezeki, seploh tahun lagi kita tukar hek...hehe

Apa yang penting, tercapai tagline kemas, tersusun dan efektif...cewah!! ;D

Sekian siri jelajah ruang tamu dan ruang makan tetamu saya.

Ruang tamu anda pulak macamana? Ada yang asingkan ruang tamu dengan ruang keluarga tak?

Kalau ada, perabot yang macamana menjadi pilihan?

Kalau tak pulak, apa tips untuk tetap kekal kemas sepanjang masa supaya sedia menerima tetamu di setiap keadaan waktu? Jom cerita!

 photo footer.png

97 comments:

  1. Tetaaap canteeeeeeeeekk.. akak suka... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak puteri: tq kak! cerita akk pulak jom! =)

      Delete
  2. sedap mata memandang..balik keje terus ilang penat bila lihat ruang rumah kemas mcm nie kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan? cepat2 tambah entri kat label tu =)

      Delete
  3. Suka entry ni! =) pakai tikar buluh mmg sangat praktikal untuk yg ada anak2 kecik ni =)murah, kurang berhabuk, low maintenance..huhu.Oh, mak org sangat suka fizah punya sofa kelabu yang kat ruang tamu tu =), dia kata senang, besar boleh baring terus..hehe. Org baru je dok google kat tenet pasal astro transmitter tu, fizah beli kat ne dan bape ongkosnye =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna ceklat baie, bkn kelabu..hihi mesti lupe ni...btw, transmitter tu beli ngn org kat mudah..rm200++..klu nk fzh tny husbnd contact dia nti..=)

      Delete
  4. ohohohooo rumah awak mmg superb cantik dan besar fizah. thumbs up. boleh masuk majalah canni. ruang tamu i, aish! jauh beza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cerita tips kemas ruang tamu cha pulak..alaa..kita kat sini kongsi2 cerita je cha..meh kita! =)

      Delete
  5. Kemaaaassssnyer....

    Kalo saya, setiap kali balik kerja, akan sapu rumah sekali..
    Tengok lah kalau keadaan cam sebok, tak sempat...skip je la.. tapi biasanya akan sapu..

    Selain tu, mainan anak-anak memang akan bersepah walaupun dah dikhaskan satu bilik, cara saya, sudah je nanak main @ tengok macam nanak dah tak nak main, saya akan simpan terus dalam bilik mainan, tak bersepah la rumah...

    Bila dah jadi habit...confirm rumah akan kemas je kan....

    =)

    Sekadar perkongsian, rumah sewa pertama dulu, rumah sewa kedua, belum berentry lagi... :

    http://www.apabilaazambercerita.blogspot.com/search/label/Houses%2FApartment

    Anak kecil lagi...memang takde masalah dari segi mainan segala..
    Tapi dari segi kebersihan rumah memang saya buat macam saya bg tahu tadi...dalam sehari mesti sapu rumah/ lap habuk segala..

    Untuk memastikan keadaan rumah tampak bersih di mata tuannya...

    Itu je la perkongsian saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu rajin sapu hari2..sy ni idak begitu rajin..kdg ruang tamu ni lamaa baru bersapu dan mop..heheh

      Delete
  6. Uiii cantik dan kemas, minimalis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep utk org tak berapa nak ada duhet...;D

      Delete
  7. wahhhhhh..ini kos rendah??? abih tu umah saya jadik kos ape yer??? huhuhuu...sgt kemas..luas dan cantik!
    sy jadik malu nak share ruang tamu umah sy..hahhaha..xpe..for sharing nati sy wat entry yer...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius, brg kat sini mmg murah semua..sofa ceklat tu dua bijik tu tak smpi rm500...yg mahal sy rasa cuma jam dinding kat feature wall tu je..jam smp rm120? tp sbb nk jgk jam ni (selain boleh berfungsi sbg deko), beli jugakk..heheh...jom kongsi cerita jaja pulak..!

      Delete
    2. jam tu camner nk pasang

      Delete
    3. cuma drill dinding dan gantung cam biasa dear..:)

      Delete
    4. Nk tanya kak . Sofa tu beli dimane ye?

      Delete
  8. Langsir tu kalau pandai jahit sndiri pasti lbh jimat...:-) eerr...sbb aty selalu jahit jer sndiri sbb kedekut nk bayar kat org..heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung kan pandai menjahit...jimattttt...=)

      Delete
  9. bestnye siap separate ruang tetamu & keluarga.rumah saya is kecik, so sumenye sekali.

    cantik rumah akak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak besar mana pun dear..cuma teknik amek gambo tu kut..akk korbankan satu bilik utk buat ruang keluarga...ce citer stori awak kat blog baru yg comel tu pulak...nak dengar ni =)

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ahaha...hilang semua komen terkini ambe! kejap popup kejap embedded kejap popup kejap embedded..padang muke..heheh ^^

    ReplyDelete
  12. Nice. Kan dah kata budget rendah tak semestinya tak cantik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting kena kreatip menyusun-atur...tak gitu? ;)

      Delete
  13. mmg kemas, jauh beza dgn ruang tamu kita yang sekangkang kera tu jer hihihihihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana juga blh buat..JOM buat dan s.h.a.r.e!! =)

      Delete
    2. Sis blh suggest x cat umh utk bg umh nmpk luas selain putih & cream..mekasih..

      Delete
    3. byk faktor selain cat utk faktor ruang ni..(ceh, ayat mcm power je hehe) sefaham saya, cat mmg memainkn peranan..selain tu warna langsir, perabot, karpet tu semua pun ada sumbangan jugak..klu bab cat, sy prefer (setakat ni) warna2 yang light. cth kat umah sy pki olive..ada jgk warna oren bata, hijau katak pisang dan turqoise...biasanya sy tgk katalog je utk pilih warna cat..blh jugak google warna2 yg omputeh selalu guna..ada yg guna light yellow, light grey, light blue...mmg comey2 belaka..selamat mencuba! =)

      Delete
  14. nak deko tak semestinya mahal kan. yg penting creative. lagi save budget lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. plg penting tu...budget friendly kan =)

      Delete
  15. bestnyeee... nk deco jugaksss... :) tp belom ade umah sndiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah sewa pun blh...cuba tgk projek sy, rumah sewa lg sukati nk deko..hehe jom jom!

      Delete
  16. Makcik suka dining table tu..!!!!!!!!!!!!!!! Ruang tamu rumah aku? kos kosong. Memang lapang dan uzur. Ihikssss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks kamu..jom cerita jugakkk...;)

      Delete
  17. Wah...cantik n besar ruang tamu fizah... Pandai fizah susn atur. My living room, memang hasil sentuhan hubby i. huhuhuhuhu...bini dia x pandai bab2 decorate nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. main hantam saja tu...;)

      ceciter living room awak pulak..tgk hasil tgn kaum suami ye dak? jom kita! =)

      Delete
  18. Peminat merah jugak, rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. main hentam je ni..tetibe jadik tema gini...kebetulan yg meLEGAkan...=)

      Delete
  19. Replies
    1. itula lampu-cinta-pandang-pertama-ku...hihi =)

      Delete
  20. cantik dan ringkas. suka...
    Ruang tamu saya kongsi dengan ruang keluarga (maklumlah rumah kecik) hihihi. Takda ape pun lagi. langsir pun tak siap jahit lagi. Dah complete nanti, bolehla saya buat entry =)

    ReplyDelete
  21. fizah..bunga bulat2 tu beli kat mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak lynn, tak brp igt la..antara mydin atau cowboy melaka..

      Delete
  22. suka nya tengok umah akak. saya suka kalau urumah ada banyak tingkap sebab rasa terang..tak payah bukak lampu....=)

    ReplyDelete
  23. As salam puan lampu puan beli di mana di puchong tu yer??sy sgt trtarik gn lampu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. di houses of lighting puchong..klu google mmg ramai ada cerita pasal kedai ni..harga berpatutan dan pilihan pun banyak...gudluck! =)

      Delete
  24. Rumah sy lg kecik wlupn umh taman.fenin pale pk cara nk susun prabot bia nmpk lg besar..adushhh..

    ReplyDelete
  25. Kemas sgt sis,terang je..suka..Umah sy sgt lg kecik wlpn umh tmn..sgt la fenin pk cara nk bia nmpk luas..huuu...

    ReplyDelete
  26. Rumah sy lg kecik wlupn umh taman.fenin pale pk cara nk susun prabot bia nmpk lg besar..adushhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belasah je susun dulu dear...nanti ok tu :) yg penting pemilihan perabot, langsir, karpet, cat semua tu turut mainkan peranan...gudluck! :)

      Delete
  27. Fizah, kalau letak rak kasut kat situ, x terganggu ke waktu buka pintu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baie, mmg takleh bukak abes pintu tu, tapi masih blh muat utk keperluan harian keluar-masuk. tapi klu ada buat kenduri/majlis mmg kena alih rak kasut tu.. :)

      Delete
  28. akak, kalau pintu depan tuw kan berapa hara kalau nak buat? sebab rumah saya pakai sliding door dekat ruang depan, tp saya nak tukar kepada pintu. agak-agak berapa ye kak?

    ReplyDelete
  29. akak, nak tanya pasal pintu di ruang depan tuw berapa ye? sebab rumah saya pakai sliding door then skrg ni rasenye nak tukar kepada pintu biasa, agak agak berapa ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pintu tu mmg developer siap buat dah..tp klu nk tukar rasanya pintu tu lebih kurang rm1k..:)

      Delete
  30. Kat blog ayu ada share DIY Gubahan bunga... kot dpt bagi idea. :(

    ReplyDelete
  31. cantik nyer umah..sejuk je tgk....

    ReplyDelete
  32. Comel la. Wpon ruang tu kecil tapi suka sy tgk. Very simple n humble... Hihi

    ReplyDelete
  33. Cantek sangat dik. kemas & simple :)

    ReplyDelete
  34. Salam... hai sy BW... nmpak blog awk n mcm best bab deko... sy minta copy gmbar ni sume coz sy nk masuk umah baru julai nti... u org melaker kan... sy pon org selandau tp la ni dok perlis ikut somi... hukhukhuk... melake tetap di hati... hehe

    ReplyDelete
  35. Kemas tersusun. .. cantik laa... saya suka. Saya xde kreativiti untuk menghias. Bab harga tu saya suka sbb fizah mcm saya la.. ade tak kip as harga rm130 tu?
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak lama sudah tak amek tau harga kipas...tp rasa2nya masih ada kipas gini...entah2 blh dpt lg murah...cuba survey dulu ok..gudluck! :)

      Delete
  36. Cantik kemas dan sedap dipandang..simple tapi menarik

    ReplyDelete
  37. Cantik.....suka tgk wall sticker kat tv tu..tp mcm susah jer nak dpt camtu.huhuhu...anyway..nak follow awak lah.sbb sue pun kategori msuk rumah bru jgak.tp fokus pd hiasan laman dlu.jom kita share tips dec0 rumah.

    ReplyDelete
  38. Dining table tu bl kt mn ye?tantikkkk

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum tuan rumah,mohon maaf izinkan saya tumpang mencari sesuap kfc..hihihi..nama saya mkay installer dan supply wallpaper sekitar lembah klang, kelebihan wallpaper ni banyak : boleh basuh,tutup keretakan dinding,corak dn warna berbagai,senang jaga,cantik dan lain2, saya jual murah je untuk korean wallpaper saiz 150sft rm399.00 pemasangan rm210.00 sahaja.. Bukan tu je , kalau beli 5 roll boleh dapat rm470.00 per roll siap pemasangan.berminat call la saya 01123231600.terima kasih tuan rumah.

    ReplyDelete
  40. Lampu chandelier tu sm mcm rumah saya punye.. :)

    ReplyDelete
  41. kalau letak bunga kaler pastel pun cantik.... bahagian dinding utama boleh letak wallpaper kalau nak.... anyway cantik rumah ni ;) Good Job

    ReplyDelete
  42. nampak luas dan lapang. saya suka konsep macam ni. simple dan tak nampak berserabut

    ReplyDelete
  43. As salam kak fizah. Boleh tak share wireman yg pasang lampu tu? Area melaka kan? Tolong email sy ye icevioletcream@gmail.com Sangat memerlukan TQ

    ReplyDelete
  44. Terinspirasi... tapi rumah akak caca merba

    ReplyDelete
  45. Menarik, simple dan kemas :)

    http://miaqaisarah.com/

    ReplyDelete
  46. Ruangannya nyaman bingit, very nice

    ReplyDelete
  47. RAK KASUT BELI MANA SIS..?? NGAH HUNTING RACK KASUT.. TGK SIS PUNYA CUN LAK.. HEHE.. ME AREA PUCHONG.. PLEASE SHARE SIS BELI MANA.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli rak kasut di tesco sis...rm199 klu tak silap

      Delete
  48. Ermm..kalau letak stand lamp,table lamp n lampu chandelier tu guna warm light lg nmpk cozy rumah..cer try..downlight tu pun tukar dr daylightt kpd warmlight..just cadangan :)

    ReplyDelete
  49. Cantik..grill tingkap gitu berapa kos??

    ReplyDelete
  50. kak..suka nye tengok blog akk nih..dgn gambar2 rumah nye pon sukekk jugakks

    ReplyDelete
  51. macamana nak deco rumah sewa yer..almaklumlah.rumh sewa tu bukan baru..dh lama.so mesti byk yg kurang la..iAllah nk pindah bulan depan.dah dapat kunci rumah dah.semua belom beli lagi rak2 semua..tengah survey..yg penting nak yg jimatt hehehe..dan lawooo...ekekeke :)
    kat ne nk beli brg comel2 tu

    ReplyDelete
  52. Nak tanya
    Apa panjang n lebar
    Ruang tamu rumah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa ingat pula..tp dalam 15kaki x 18kaki (tak termasuk dining)

      Delete
  53. Lawa dan kemas rumah puan ni. Uhuhu...x reti nak susun atur rumah..tapi ruang tamu "terpaksa" kemas selalu...ye lah, mcm puan juga, ada tetamu tiba2 nak terjah senang sikit...ehehe...akak punya langsir rumah, semua sekali baru 3 ratus lebih kot...bli kat kedai super jimat je...hihi...

    ReplyDelete
  54. Bersinar bling2 lampu syiling.hehe

    ReplyDelete
  55. Gila cantik,kemas.
    Home sweet home.. Nak tya lampu beli kat kedai puchong kat mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. House Of Lighting kalau tak silap sis..tq..moh sesama kita :)

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...