Monday, March 25, 2013

9 Cara Sembunyikan Wayar Berselirat

Salam salam salam buat semua...=)

Cemana hujung minggu anda? Apa yang menarik?

Kali ni saya nak kongsi camne saya organize wayar-wayar kat rumah saya.

Tak semua wayar dapat disembunyikan...Tapi, setakat ni saya puas hati dengan pemandangan wayar yang tak menyakitkan mata...

Pertama, wayar komputer yang berselirat macam kat bawah ni.

Tengoklah wayar-wayar bawah tu...walaupun dah diikat pun nampak masih semak sangat...Taktahulah kenapa it's really demotivated me...huhu

Konon-konon nak buat macam kat bawah ni...

extension plug tu memang saya dah skrukan pada meja dan works well TAPI....
wayar-wayar tu asyik jatuh ke bawah bila saya lekatkan kat bawah meja...saya guna soletep je...mungkin sebab tu tak mampu nak tanggung berat wayar-wayar tu kut (dah tu, nak guna apa?)

{Alangkah best kalau dapat beli komputer yang CPUnya sekali dengan monitornya...kuranglah wayar kan?}

{Untuk komputer saya, keyboard dan mouse saya guna wireless...what a relief there hihi}

Kalau tak ikat macam kat atas tu, nanti berselirat pulak kat lantai which LAAAGIII lah susahnya tiap kali nak menyapu....sebab habuk akan berkumpul kat wayar-wayar tu dan leceh jadinya kerja-kerja membersih...:(

Lalu, saya pergi cari apa solusi yang ada kat kedai-kedai untuk setelkan masalah ni.

Jumpa akhirnya!!! {yayyy!}

Benda ni macam pengikat wayar...dan ada pelekat kat bawah dia untuk kita lekatkan kat mana-mana yang kita nak...Saya beli kat Mydin...Tak pernah nampak pulak kat tempat lain...

Dan, camne benda ni telah memudahkan hidup saya? Dan, menyelesaikan masalah wayar-wayar berselirat itu...?

Lekatkan di belakang meja yang tak nampak dari depan... 
tunggu beberapa ketika untuk dia grip pada meja (lagi lama lagi bagus)...
dan masukkan wayar-wayar yang nak disembunyikan pada lubang tu! 
Done with yayyy!!! ;)

Ini pulak dari belakang meja tadi nak ke CPU. 
Oklah daripada gambar yang pertama kat atas sana. ;))

Amacam? What do you think?

Pada saya, this is definitely meet my requirements to settle the problems...

Murah dan berkesan!

Tapi, jangan pulak letak beban yang berat pada benda ni, mestilah dia tak boleh nak hold sebab kecik je bendanya...Kalau setakat nak pegang wayar bolehlah...

Lagi gambar tapi di meja yang lain...

The annoying look...{sigh}

Installed the 'magic' item...

HOLA!!! It turns to this! 
Awesome, huh? Tersembunyik sudahhh...hihi...

Saya juga gunakan satu lagi kaedah untuk sembunyikan wayar tivi kat ruang tamu, iaitu guna deco wall-paper yang murah...

Tivi saya di ruang tamu installed pada dinding. Kalau letak bawah, budak-budak tengok dekat sangat...

Jadi, nampaklah wayar seperti kat bawah ni...


Dan, setelah saya tampalkan deco wall-paper, it turn to this...

Bolehlah kan? 
Nampak wayar tu macam ranting pokok bunga macam gambar tu jugak...hihi

Wayar-wayar tivi semua saya sembunyi belakang meja tu...guna penyangkut yang ada pelekat yang biasa je...Kali ni tak boleh guna item yang kat atas sana tu sebab wayar dia banyak dan item tu tak boleh hold...Tiap kali jatuh...Jadi, saya pakai pelekat yang lebih besar dan kuat!

Kat bawah ni idea yang saya googled untuk organize wayar komputer tapi tak dapat dipraktikkan sebab tak tahu mana nak dapat (?) Buat sendiri? huhu Memang TAK laa kut {setakat ni}


So, how do you tackled your cords problem? Mind sharing? =)

9 comments:

.Lydia. said...

hah!!~ ade gk cara nk sorokkan wayar.
thanx for sharing..:)

Fizah said...

tq mamahuda for ur support! =)

Unknown said...

1. Pasal wayar berselirat kat PC tu secar directnya aku takder tapi charger. bersepah2 dengan charger laptop, hp 2 brand. cer tengok kat iheard cmner dia letak charger. Memang idaman.

2. Yup pasal wire TV tergantung tu pun aku menghadapinya juga. Mungkin bleh consider idea ko.

3. Br sempat nak BW dan makcik sentap dengan entry penuh bergaya. Huahhh.. Nak buat jgak tp takut tak dpt manage 2 blog.

4. Assalamualaikum.

Fizah said...

1. mahal la charging station tu...$64..mmg mengidam, tp tah cmne nkk beli (?)
2. silakan
3. alaa jom aa
4. waalaikumussalam wbt

Anonymous said...

Sis...klu nak cari yg mcm dlm pict tu...g kat kedai buku Popular...klu melaka sy tau la..tmpt lain x tau...

Fizah said...

siapakah gerangan anon ini? hee

tq dik, taktahu plak ada kt popular! nxt time leh terjah! kedai buku popular tu kat bustand lama tu kan?

tq! =)

Siti Fatimah said...

yeay...da dpt idea nk sorokkan wire mesin jahit.. thanks for sharing. =)

Sirah said...

just nak share link utk extra ideas hiding cords. http://www.amazinginteriordesign.com/10-creative-electrical-cord-wall-decoration-ideas/

anep said...

dapat ilham teambah part wall sticker tuh..thanks ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...